ISBN: 978-967-26602-3-1
Bil. mukasurat: 520
Tahun terbitan: 2022
Jenis Kertas: Bulky 70gsm
***
A dream, that is too beautiful to be true.
Pertemuan yang tak diduga antara Dyra Darleen Darissa dengan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baharu dalam hidupnya. Siapa sangka jejaka yang dahulunya gengster sekolah, kini berjaya membuka sebuah restoran ternama di persada dunia?
Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani juga digeruni. Dan seorang yang sangat misteri.
“Don’t fall for me. You’ll get nothing but disappointment!” – Zafrael
Dyra hanya mengharapkan sebuah perjalanan cerita hidup yang sempurna dan bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi.
“Keep on dreaming. Because you don’t want to know what lies beneath the dark truth of the reality.” – Zafrael
Lalu, apakah mampu seorang Dyra membongkar segala kebenaran? Dan mampukah dia mengharungi sebuah realiti yang terlalu kejam untuk dipanggil sebuah kehidupan?
A reality, that is too harsh to be true.
***
Effalee menghidangkan naskhah ini dengan secukup rasa manis cintanya dan lemak komedinya. Ditambahkannya pula pahit konfliknya yang digaul rata. Pedas misterinya pula ‘mengecurkan’. Jangan baca waktu perut lapar!
– Pingu Toha, Editor
Caj pengeposan ke Sabah dan Sarawak menerusi pembelian di website kami akan dinaikkan dari RM13 (asal) kepada RM15 (baharu) berkuatkuasa 13 Januari 2024.
Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.